Kerjaya Azizan Osman

Sebagai pengasas dan pengerusi kepada Richworks International, beliau telah mewujudkan dan mencipta pelbagai program peningkatan diri dan latihan keusahawanan yang telah membantu jutaan peserta dari pelbagai peringkat umur sejak dari tahun 2008.

Misi dan semangat beliau untuk membantu rakyat Malaysia lahir daripada pengalaman beliau dalam mencari Mentor lebih 20 tahun dahulu semasa beliau dilanda krisis kewangan dan mempunyai jumlah hutang yang sangat besar.

Sejak penubuhan Richworks International, Azizan telah menghabiskan kebanyakan masa beliau melatih dan menjadi mentor kepada usahawan di setiap seminar beliau. Sehingga hari ini, beliau telah membina ramai usahawan jutawan, di mana mereka telah berjaya menguasai ilmu untuk mencapai jualan 1 juta yang pertama dan menjadikan langkah pertama untuk mereka mencapai status bebas kewangan.

Pengalaman pertama Azizan  di dalam dunia korporat adalah di sebuah firma broker saham. Dari situ, beliau telah jatuh cinta dengan pelaburan stok semasa beliau masih di universiti. Setahun kemudian, beliau telah memulakan karier dalam bidang jualan.

Dalam usaha beliau membina semula kehidupan pada tahun 2001, beliau telah bekerja sebagai seorang Eksekutif di Appco Group (UK), salah sebuah syarikat jualan dan pemasaran terbesar dan terluas di dunia. Rekodnya dalam bidang pemasaran yang memberangsangkan dan luar biasa telah membantu beliau mencapai pelbagai kejayaan di syarikat tersebut. Oleh kerana itu, beliau ditawarkan untuk menubuhkan syarikat beliau sendiri yang ditaja oleh pengurusan atasan beliau pada masa itu. Beliau telah membentuk kumpulan yang pakar dalam pemasaran dipimpin oleh beliau sendiri sebagai Pengarah Urusan & Ketua Organisasi untuk Malaysia.

Semasa beliau masih dalam bidang korporat, beliau telah memimpin lebih 1,500 orang pekerja dengan kepakaran beliau dalam pemasaran dan pengiklanan untuk mengurus kempen pemasaran berskala besar di seluruh negara dari perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sehingga ke syarikat korporat gergasi.

Sepanjang tahun beliau berkhidmat dengan syarikat yang berpusat di London tersebut, beliau telah menerima 14 anugerah kerana prestasi yang luar biasa dan kejayaan dalam bidang kepimpinan, pengurusan, pengurusan sumber manusia, pengiklanan dan pemasaran yang mana beliau amat cintai.

Beliau kemudian dianugerahkan dengan anugerah yang tertinggi di syarikat itu iaitu ‘Chairman’s International Platinum Award’ hanya selepas 2 tahun beliau berkhidmat. Sebagai pakar pemasaran bertaraf antarabangsa, Azizan merupakan pakar pemasaran gerila beriktiraf yang dimentor oleh Jay Conrad Levinson dan 2 lagi pakar jurulatih kehidupan dan bisnes, Robin Sharma dan Tony Robbins.

Pada tahun 2008, Azizan mengambil langkah berani untuk mencapai cita-cita beliau untuk menubuhkan syarikatnya sendiri. Dengan berbekalkan pengalaman beliau yang luas dalam bidang pemasaran, beliau ingin berkongsi ilmu tersebut dengan lebih ramai orang. Pengalaman beliau sendiri dalam jatuh bangun sesebuah bisnes dan menghadapi kegagalan menjadikan Azizan seorang yang kental menghadapi cabaran. Beliau mula mengenalpasti apa faktor-faktor yang menentukan jatuh bangun sesebuah syarikat. Teori dan pengalaman beliau menjadikan batu loncatan kepada bisnes juta-juta beliau yang seterusnya membawa beliau kejayaan dari segi kewangan dan kehidupan.

Sejak 2021, Azizan merupakan pemegang saham utama dalam syarikat ManagePay Systems Bhd (MPay). Beliau memperolehi saham tersebut pada 18 Jun 2021 dengan 5.762 peratus kepentingan[1] dan menambah lagi pegangan beliau sebanyak 5.35 peratus menerusi RichWorks International Capital Holdings Sdn Bhd (RiCH)[2].

Pada 28 April 2022, Azizan telah menjalinkan kerjasama dengan Asia e-University [3]yang bertujuan untuk menyediakan program pembelajaran eksekutif dan memberi peluang kepada usahawan-usahawan menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dengan memperolehi sijil akademik secara pendidikan formal.  

Usaha ini juga untuk membantu usahawan mengembangkan ilmu yang dapat membantu mereka membangunkan bisnes.

Rujukan

WikiPedia: Azizan Osman https://ceoworld.biz/2021/04/29/business-growth-fo... https://www.bloomberg.com/press-releases/2021-06-2... https://dagangnews.com/richworks-bekerjasama-denga... https://www.forbes.com/sites/piasilva/2021/04/30/w... https://www.pressnewsroom.com/azizan-osman-hits-am... https://richworks.com/dao/ https://www.tatlerasia.com/the-scene/people-partie... https://www.thebrandlaureate.com/e-branding-awards... https://vulcanpost.com/681391/malaysia-entrepreneu... https://finance.yahoo.com/news/richworks-mentoring...